blogger chat room


Saturday, March 31, 2012

kate winslet benci lagu tema titanic

kate winslet

kate winslet pelakon wanita yang satu-satunya menjadi herowin yang hidup didalam cerita titanic iaitu kapal yang karam . akibat terlanggar ice berg. mesti semua ingat lagikan? tengok tuh gambar dia yang sekarang.. ermm macam tak banyak perubahan lah kan. malah makin matang . ok lah tuh masih cun lagi... apa cerita pasal dia ni ek? baru-baru ni dengar la satu cerita pasal dia ni yang bermasalah dengan lagu tema filem yang dia sendiri lakonkan iaitu lagu my heart will go on nyanyian dari celine dion.


celine dion

kesian engkau kak celine, apalah dosa engkau kat kate winslet ek? haha okeh masalahnya 
sebenarnya tiada apa-apa perbalahan antara mereka ,,, malah mereka pernah sekaligus menjayakan filem titanic yang lalu, my heart will go on iaitu lagu tema titanic juga sekaligus membawa memori kepada kita . lagu itu juga masih boleh membayangkan jalan cerita di filem itu. apa yang membawa kecohnya apabila kate winslet melepaskan kata--kata seperti ini:-

kate winslet : celine dion's 'titanic' song makes me want to throw up

sebenanrnya kate winslet bermaksud hanya membencikan lagu itu bukan kak celine dion! haha ini disebabkan setiap kali kate winslet berjalan masuk ke dalam mana-mana bar atau restorant, akan ada seseorang yang memainkan lagu my heart will go on itu. ia bertujuan menarik perhatian yang menandakan kate winslet ada disitu dan orang ramai akan memandang dia. kate winslet hanya mampu tersenyum.

sampaikan ada yang menyuruh dan memaksa kate winslet menyanyikan lagu itu padahal semua orang sedia tahu lagu itu adalah dinyanyikan oleh celine dion tetapi orang ramai sengaja nak melihat yang sebenarnya kate tidak sesekali pun pandai menyanyi . kate hanya mampu berkata NO! im not going to do that! dan orang sekeliling mentertawakan dia dan berkata oh no come on! it will be funny. ermmm macam kate diperbodohkan jek kan? 




alolololo kesian dia 




Thursday, March 29, 2012

titaTUA



aku nak share something wehh, aku suka satu movie ni semasa aku kecil, aku rasa masa tuh aku sekolah rendah lagi tapi aku lupa lah darjah berapa and tahun berapa , tapi masa tuh movie ni meletop la! iaitu movie TITANIC . korang pun mestilah tengokkan? cerita yang sedih dan jalan cerita yang bagus. dan inilah antara first filem yang aku tengok herowin hidup! yang hero nya mati hahaha tapi stil sedih and best. aku saja nak update pasal benda ni sebab aku realy terkejut and sedih melihat pelakon lelaki dia dah nampak TUA weh hehehe jauh beza ni dengan yang dulu-dulu. 

pompuan genti cair punya tengok dia masa dulukan? aku tak tahulah kalau, diorang tengok pic leonardo dicaprio yang sekarang admire lagi ker tak? hahaha apa-apa pun hahaha cair ke keras hahahaha. okeh lagi kowt. walau macammana pun  dia belakon cerita lain. aku tengok muka dia tetap akan ingat TITANIC haha   kat dalam titanic punyalah romantic kan? sampai kan ada model gatsby ikut style dia weh meh tengok.


rambut yang ala-ala suak kebelakang tuh kan? macho la konon. hehe okeh sekarang aku dengar cerita yang titanic akan dimainkan diwayangkan? wow macam nak tengok jek nanti? mengimbas kembali kenangan titanic kan pew salahnya... 


leonardo decaprio
(yang sekarang)




Monday, March 26, 2012

kak ziana jadian.

teringat balik masa aku pergi ujibakat mentor musim ke 2 kalau tak silap, bersama sepupu dan kawan aku masuk ke dalam seri pentas tv3, kebetulan masa tuh ujibakat mentor bersama ziana zain. then masa tengah tunggu giliran nak masuk adalah orang guard depan post guard tuh kecoh-kecoh macam mengelilingi seseorang ... aku bersama sepupu aku pun mendekati kekecohan tersebut. dekat punya dekat sepupu dan kawan aku terus senyum lebar dan tergelak. masa tuh aku tak nampak lagi apa benda(pending) haha dekat lagi dekat lagi laaa rupanya kak ziana ada disitu. 

bukan main lagi dia kannn hahaha

hehe tak lah sebenarnya dia peminat no1 ziana zain. dia sanggup datang nak jumpa kak ziana and dengan niat nak ujibakat untuk merebut peluang menjadi protuge kak ziana. tapi kesian nya dia pada masa tuh dia kene halau dengan kaki tangan tv3 kerana menganggap dia tak betul dan sebagainya , tapi memang sebenarnya dia tak dibenarkan masuk ujibakat tersebut sebab berdasarkan syarat-syarat kalau tak silap 25 dan 18 keatas. tapi umur dia dah 30 lebih u olzss kalau tak silap aku. ngeh2 sah-sah tak bolehkan. ziana zain masa tuh terpaksa mengikuti syarat-syarat yang telah dijanjikan.

haaa masa nilah masuk iklan mentor tv3 KORANG TENGOK VIDEO NI BETUL-BETUL MUKA AKU ,KAWAN DAN SEPUPU AKU PUN TERMASUK SEKALI, RAMBUT AKU PANJANG MASA NI.

masa ni jugaklah abang cameraMAN mengambil kesempatan untuk merakam aksi ziana clone ni di post guard seri pentas. masa tuh aku dan lain-lain berpusu-pusu melihat aksi dia yang kelakar , dan dia seboleh-boleh nak membuktikan yang dia pandai menyanyi semua lagu ziana zain. dan dia juga membawa cendera hati untuk kak ziana , masa ni aku tengok macam kesian jugaklah . aku pun suruhlah sepupu aku cakap kat abang cameraMAN tu bagi dia peluang jumpa dengan ziana zain sekejap.

atas budi bicara dan selepas sahaja abang cameraMAN mendengar kata- kata sepupu aku ni lalu diorang bawak lah ziana clone ni masuk sambil mengiring sidia membawa cendera hati untuk kak ziana. bukan tu saja dia juga berpeluang menyanyi depan kak ziana. fuuuhh meletop jugak sidia nikan? masa tuh terus popular! dgn aku , sepupu aku popular sekali sebab masuk dalam camera tuh hahaha kenangan tidak boleh dilupakan .

lepas tuh baru-baru ni aku dengar dia ada masuk program pilih kasih, and yang paling penting ialah dia dapat! seyesly, dapat untuk ke peringkat seterusnya lah and aku tak tahu kemana dia lagi. hahaha wahh bukan bakat menyanyi jek bakat belakon pun dia nak terjah. but not bad dia siap boleh melakon kan 3 watak iaitu watak emak, watak ziana dan watak era. hahaha dah macam raja lawak masa ni , kalau tak caya jom tengok?


keles kan? haha
hahaha papew pun dia ni betul-betul anak seni kan .all the best tok dia! hahaha





Sunday, March 25, 2012

miley cyrus tunang?


inilah artis remaja wanita idola aku, hehe anak kepada billy cyrus ni dengar cerita dah tunang? meletop aku rase umur dia bawah aku ,dalam 19 tahun, ermmm dah tunang dah pun... dulu aku suka gila lagu-lagu dia contoh macam lagu 7 thing, the climb, party in u.s.a, fly on the wall , who owns my heart dan banyak lagi! lagu-lagu tuh antara lagu-lagu yang aku gemarlah! 

mp3 dalam phone aku tak sah kalau tiada simpan lagu-lagu dia, kalau tak banyak atlest satu , atau dua. hehe. biar lah apa orang nak cakap kalau akau minat yaaa aku minat dong! ermmm tapi sejak-sejak kebelakangan ni aku dah lama tak mengikuti perkembangan dia, tup-tup aku nampak info yang dia cakap "are miley cyrus and liam hemsworth engaged?" terkejut jugaklah kan . makan hatilah fans-fans lelaki dia. mana nya tak comel kowt? boleh jadi gila kalau dapat sign autograf dia khe..khe. pada aku dia comel lah. dengan suara garau ala-ala serak basah.

hah tu dah bercincin bagai!!!

punya la ketinggalan zaman aku ni rupanya diorang ni dah meraikan hubungan mereka yang ke 3tahun dah. meletopkan tengok bahagian tangan kiri miley bukan main lagi cincin "mysterious diamond sparkles" lagi. dengar lagi diorang ni dah couple sejak 2009, dan mempunyai hanjing bulldog ziggy. sempena mereka bersama. nampak sangat weh diorang series.ermmm huntung lah kat adik miley, jangan tup-tup cerai sudah yer . kenang punya kenang aku still simpan lagi video aku miming lagu dia > hahaha 7 thing lagi! hahaha ok  dada! 


punya la excited dolu-dolukan hahaha ketawa sorang aku tengok video ni!






hantu lembaga







aku nak berkongsi cerita seram ni dekat pembaca semua, alang-alang, aku masuklah contest cerita seram ni, hehe, ini berdasarkan pengalaman aku , bukan main-main tapi ini cerita benar...

aku seorang yang tidak berapa nak percaya wujudnya hantu. yang aku percaya ialah adanya syaitan, sebelum  ni memang aku tidak pernah jumpa hantu dan selalu bila kawan aku cerita pasal hantu aku akan mengelengkan kepala tanda tidak boleh diterima akallah pasal benda-benda macam ni, ermmm selama ini aku hanya pernah mimpi hantu sahaja .lagi-lagi masa kecil memang selalu... so sekarang bila makin matang perasaan selepas mimpi hantu tuh aku pedulikan sahaja sebab aku tidak percaya kewujudan hantu. dan aku paksakan diri aku supaya tak takut kan benda-benda macam tu.

jadi ceritanya bermula setelah aku melangkahkan kaki aku ke uitm segamat dimana aku bertempat di kolej kediaman "sempana riau" wing atas sekali tingkat 3, nombor bilik ermmm tak perlu la aku bagitahu kang ada new student yang tak mahu tidur dalam bilik tersebut. pengalaman aku duduk dalam campus uitm tu pun macam-macam cerita yang aku dengar contohnya kene rasuk, ada makcik jual kuih pukul 2/3 pagi, ada pulak wujudnya student pelik mengaku biliknya ditingkat 4(padahal ada 3 tingkat je). cerita-cerita tu semua memang agak seram tapi aku cuma menganggap tu semua cerita student-student lepas kan tension untuk menakut-nakutkan kawan yang lain.

ni keadaanya blok sempana riau...

macam nilah keadaan dalam bilik aku kat sana (katil aku belah kanan bawah)

satu bilik kongsi 4 orang, tengoklah dari gambar tuh ada 2 katil 2 tingkat so sorang satu katil , but roomate aku masa ni selalu tak lepak bilik sangat masa study week, diorang lebih prefer pagi study kat bilik classmate diorang so kadang-kadang tinggallah aku sorang. tapi tidak jugak aku pun  selalu merayap bilik kawan aku jadi bilik ni memang jarang ada orang. satu hari tuh masa study week aku nak study sorang-sorang kat bilik aku sebab kononnya nak focus betol-betol untuk paper yang akan datang jadi aku deside nak tidur bilik aku malam tuh. selalunya aku takkan tidur bilik sorang tanpa roomate aku tapi masa ni roomate aku sume lepak bilik classmate diorang. so first time aku tidur kat bilik aku sorang.

sebelum gerak tuh kawan aku ada pesan "baik-baik tidur sorang kang kene peluk dengan langsuir ke pontianak ker ,aku tak tahu ea?". lepas tuh aku pun jawab lah "engkau ingat aku takut ker? engkau jangan nak rosakkan kepala otak aku dengan benda-benda bodoh macam tuh aku banyak lagi nak kene hapal nota-nota ni". then aku pun terus bergegas naik kebilik aku. then aku masuk macam biasa , aku baring sambil baca buku, tak lama kemudian aku rasa mengantuk semacam. dan aku pun dengan confident nya menutup semua lampu yang ada dalam bilik even lampu laptop sekalipun aku akan tutup. dan aku pun tidur lah tanpa rasa takut dan yakin esok aku akan sambung study lagi. (confident)

aku ingat lagi jam dekat phone aku menunjukkan pukul 2.30 pagi. dan aku tidur pada masa itu. tak lama kemudian aku rasa badan aku macam nak terjaga tapi aku tak boleh nak terjaga. aku dapat rasa seluruh badan aku tak boleh bergerak, yang boleh bergerak ialah anak mata aku dan telinga aku berfunsi mendengar suasana sekeliling aku, aku memang tak boleh gerak aku rase panik . aku macam sedar dalam tidur. jasad aku tidur tapi otak ,mata,telinga aku terjaga. pada masa itu position badan aku baring macam biasa kepala tegak dan pemandangan aku ke arah papan katil tingkat atas. masa tu aku mata aku boleh bergerak melilau-lilau, aku tahu sebenarnya aku ni kene hempap dek sesuatu dan itu sudah biasa sebenarnya tapi yang tidak enaknya mata aku ternampak sesuatu...



aku ternampak lembaga hitam lalu ditepi katil aku. berkali-kali semasa keadaan aku masih lagi di hempap! tiba-tiba aku terdengar lembaga hitam itu menyentuh loker besi aku dan menggegar-gegarkan loker besi aku. masa tuh aku dah mula takut, dan tidak lama kemudiannya lembaga itu mendekati aku dan mencangkung disebelah katil dimana aku baring dan kepala dia dekat sangat dengan aku. yang aku mampu hanya menggerakkan mata aku dan cube untuk mengenal pasti wajah lembaga itu tapi tidak kelihatan, apa yang aku nampak susuk badan seperti manusia berambut panjang seperti bayang-bayang. lalu dia cangkung dan melihat kearah aku sambil menghembuskan nafasnya ke lengan aku sambil berbunyi hurmmmmmghhh... hurmmmmghhhh... hurmmmmmmghh aku rasa sangat-sangat angin penafasan lembaga itu sumpah!


selepas dari itu aku pun paksa anggota badan aku bergerak tapi still tak boleh lembaga tu diam dan bernafas je kat lengan aku . muka dan bentuk lembaga tuh buat kan aku seram dan takut sangat, aku terus pejamkan mata. dalam masa yang sama aku masih mencube untuk menggerak-gerakkan badan aku dan percubaan terakhir aku ialah membaca ayat qursi sambil mencuba lagi untuk menggerakkan badan. akhirnya sedikit demi sedikit badan aku boleh bergerak dan gerak , aku mengabil kesempatan memusingkan badan aku menjadi meniarap dan muka aku menutup dibantal.aku dapat rasakan hembusan nafas dia masih disebelah aku. aku dalam keadaan menggigil dan aku rasa bersyukur kerana telefon bimbit aku sentiasa aku selitkan di bawah bantal dan aku terus mendail nombor roomate aku dan menyuruh dia balik ke bilik.

 tanpa membuang masa roomate aku lari balik ke bilik dan membuka pintu dengan kunci , dan agak susah jugaklah dia bukak, dalam beberapa kali roomate aku mencuba baru lah pintu terbuka. dan sekaligus dia membuka suiz lampu. dan melihat aku sedang ketakutan meniarap dan mendapati bilik aku bersepah. dan loker besi aku terbukak. mujurlah ada roomate, dan yang paliing penting sekali aku dapat bergerak kerana ayat qursi. bersyukur sangat tak jadi apa-apa lagi .selepas sahaja kejadian itu ramai senior menyatakan bilik aku tu sebelom ni memang ada benda, senior-senior aku ramai dah terkene lagi-lagi semasa study week . kerana semasa itulah jiwa student tidak tenteram , risau dan bingung. makhluk-makhluk ini mengambil kesempatan mengawal jiwa pelajar. selepas dari kejadian itu juga senior aku membuat bacaan yasin di wing aku itu setiap malam jumaat. itu semua sem lama dan sem baru ni aku dah tak duduk bilik tu , cuma lalu sahaja. haha sekian sahaja. terima kasih.










Saturday, March 24, 2012

nyanyi kosong

hehe sebenar nya nak bagitahu akhirnya aku dapat record suke-suke lagu kosong ni hehe aku suke kan lagu ni best and lirik pon boleh tahan best hurm korang tunggu la pulak turn aku petik gitar nanti ea, hehe buat masa sekarang aku tak pandai lagi nak main dengan best setakat nyanyi boleh la tapi orang kata kalau nyanyi sambil main gitar lagi best so akan di cuba lah hehe

simple jek aku buat video ni for fun! haa yang petik gitar iring au nyanyi tuh la nama nya takau dia kire tahap pro jugak sebab aku suruh tukar key , sekelip mata jek dia jek gantikan dengan key ikut suara aku bukan key asal . apa-apa pun aku akan belaja lagi supaya terrer macam dia main gitar. tunggu jek ... hehe so korang nyanyi lah lagu kosong ni sesama ok?


patung jadian kelas!

Venus Palermo  

nama dia Venus Palermo , umur 15 tahun , macam patung kan? ermmm jelous nya tengok dia hehehe, sekarang dia ni dah popular dan ramai peminat, sampaikan peminat dia suruh dia buat video and post kat youtube how come? tengok kalau cantik ada jek kan kelebihan dia... ermmm yang diberitahu kulit dia dikatagorikan sebagai "perfect skin" wow sangat mengagumkan... hahahaha 



meletop lah dia ni boleh jadi model la lepas ni, pose sikit jek dah cantek picture-picture dia macam japan style pun ada bila tengok , bukan setakat lelaki jek yang meminati dia ni perempuan pun minat weh.. untungla budak ni hehehe sekarang ni dia dah pun jadi star,duta, tak lama lagi mesti ada orang ambil dia jadi model diorang !

ala-ala tomel nyer...


aku nak jadi macam dia jugak hehehe !