blogger chat room


Saturday, March 31, 2012

kate winslet benci lagu tema titanic

kate winslet

kate winslet pelakon wanita yang satu-satunya menjadi herowin yang hidup didalam cerita titanic iaitu kapal yang karam . akibat terlanggar ice berg. mesti semua ingat lagikan? tengok tuh gambar dia yang sekarang.. ermm macam tak banyak perubahan lah kan. malah makin matang . ok lah tuh masih cun lagi... apa cerita pasal dia ni ek? baru-baru ni dengar la satu cerita pasal dia ni yang bermasalah dengan lagu tema filem yang dia sendiri lakonkan iaitu lagu my heart will go on nyanyian dari celine dion.


celine dion

kesian engkau kak celine, apalah dosa engkau kat kate winslet ek? haha okeh masalahnya 
sebenarnya tiada apa-apa perbalahan antara mereka ,,, malah mereka pernah sekaligus menjayakan filem titanic yang lalu, my heart will go on iaitu lagu tema titanic juga sekaligus membawa memori kepada kita . lagu itu juga masih boleh membayangkan jalan cerita di filem itu. apa yang membawa kecohnya apabila kate winslet melepaskan kata--kata seperti ini:-

kate winslet : celine dion's 'titanic' song makes me want to throw up

sebenanrnya kate winslet bermaksud hanya membencikan lagu itu bukan kak celine dion! haha ini disebabkan setiap kali kate winslet berjalan masuk ke dalam mana-mana bar atau restorant, akan ada seseorang yang memainkan lagu my heart will go on itu. ia bertujuan menarik perhatian yang menandakan kate winslet ada disitu dan orang ramai akan memandang dia. kate winslet hanya mampu tersenyum.

sampaikan ada yang menyuruh dan memaksa kate winslet menyanyikan lagu itu padahal semua orang sedia tahu lagu itu adalah dinyanyikan oleh celine dion tetapi orang ramai sengaja nak melihat yang sebenarnya kate tidak sesekali pun pandai menyanyi . kate hanya mampu berkata NO! im not going to do that! dan orang sekeliling mentertawakan dia dan berkata oh no come on! it will be funny. ermmm macam kate diperbodohkan jek kan? 




alolololo kesian dia 




No comments:

Post a Comment