blogger chat room


Sunday, March 25, 2012

hantu lembaga







aku nak berkongsi cerita seram ni dekat pembaca semua, alang-alang, aku masuklah contest cerita seram ni, hehe, ini berdasarkan pengalaman aku , bukan main-main tapi ini cerita benar...

aku seorang yang tidak berapa nak percaya wujudnya hantu. yang aku percaya ialah adanya syaitan, sebelum  ni memang aku tidak pernah jumpa hantu dan selalu bila kawan aku cerita pasal hantu aku akan mengelengkan kepala tanda tidak boleh diterima akallah pasal benda-benda macam ni, ermmm selama ini aku hanya pernah mimpi hantu sahaja .lagi-lagi masa kecil memang selalu... so sekarang bila makin matang perasaan selepas mimpi hantu tuh aku pedulikan sahaja sebab aku tidak percaya kewujudan hantu. dan aku paksakan diri aku supaya tak takut kan benda-benda macam tu.

jadi ceritanya bermula setelah aku melangkahkan kaki aku ke uitm segamat dimana aku bertempat di kolej kediaman "sempana riau" wing atas sekali tingkat 3, nombor bilik ermmm tak perlu la aku bagitahu kang ada new student yang tak mahu tidur dalam bilik tersebut. pengalaman aku duduk dalam campus uitm tu pun macam-macam cerita yang aku dengar contohnya kene rasuk, ada makcik jual kuih pukul 2/3 pagi, ada pulak wujudnya student pelik mengaku biliknya ditingkat 4(padahal ada 3 tingkat je). cerita-cerita tu semua memang agak seram tapi aku cuma menganggap tu semua cerita student-student lepas kan tension untuk menakut-nakutkan kawan yang lain.

ni keadaanya blok sempana riau...

macam nilah keadaan dalam bilik aku kat sana (katil aku belah kanan bawah)

satu bilik kongsi 4 orang, tengoklah dari gambar tuh ada 2 katil 2 tingkat so sorang satu katil , but roomate aku masa ni selalu tak lepak bilik sangat masa study week, diorang lebih prefer pagi study kat bilik classmate diorang so kadang-kadang tinggallah aku sorang. tapi tidak jugak aku pun  selalu merayap bilik kawan aku jadi bilik ni memang jarang ada orang. satu hari tuh masa study week aku nak study sorang-sorang kat bilik aku sebab kononnya nak focus betol-betol untuk paper yang akan datang jadi aku deside nak tidur bilik aku malam tuh. selalunya aku takkan tidur bilik sorang tanpa roomate aku tapi masa ni roomate aku sume lepak bilik classmate diorang. so first time aku tidur kat bilik aku sorang.

sebelum gerak tuh kawan aku ada pesan "baik-baik tidur sorang kang kene peluk dengan langsuir ke pontianak ker ,aku tak tahu ea?". lepas tuh aku pun jawab lah "engkau ingat aku takut ker? engkau jangan nak rosakkan kepala otak aku dengan benda-benda bodoh macam tuh aku banyak lagi nak kene hapal nota-nota ni". then aku pun terus bergegas naik kebilik aku. then aku masuk macam biasa , aku baring sambil baca buku, tak lama kemudian aku rasa mengantuk semacam. dan aku pun dengan confident nya menutup semua lampu yang ada dalam bilik even lampu laptop sekalipun aku akan tutup. dan aku pun tidur lah tanpa rasa takut dan yakin esok aku akan sambung study lagi. (confident)

aku ingat lagi jam dekat phone aku menunjukkan pukul 2.30 pagi. dan aku tidur pada masa itu. tak lama kemudian aku rasa badan aku macam nak terjaga tapi aku tak boleh nak terjaga. aku dapat rasa seluruh badan aku tak boleh bergerak, yang boleh bergerak ialah anak mata aku dan telinga aku berfunsi mendengar suasana sekeliling aku, aku memang tak boleh gerak aku rase panik . aku macam sedar dalam tidur. jasad aku tidur tapi otak ,mata,telinga aku terjaga. pada masa itu position badan aku baring macam biasa kepala tegak dan pemandangan aku ke arah papan katil tingkat atas. masa tu aku mata aku boleh bergerak melilau-lilau, aku tahu sebenarnya aku ni kene hempap dek sesuatu dan itu sudah biasa sebenarnya tapi yang tidak enaknya mata aku ternampak sesuatu...



aku ternampak lembaga hitam lalu ditepi katil aku. berkali-kali semasa keadaan aku masih lagi di hempap! tiba-tiba aku terdengar lembaga hitam itu menyentuh loker besi aku dan menggegar-gegarkan loker besi aku. masa tuh aku dah mula takut, dan tidak lama kemudiannya lembaga itu mendekati aku dan mencangkung disebelah katil dimana aku baring dan kepala dia dekat sangat dengan aku. yang aku mampu hanya menggerakkan mata aku dan cube untuk mengenal pasti wajah lembaga itu tapi tidak kelihatan, apa yang aku nampak susuk badan seperti manusia berambut panjang seperti bayang-bayang. lalu dia cangkung dan melihat kearah aku sambil menghembuskan nafasnya ke lengan aku sambil berbunyi hurmmmmmghhh... hurmmmmghhhh... hurmmmmmmghh aku rasa sangat-sangat angin penafasan lembaga itu sumpah!


selepas dari itu aku pun paksa anggota badan aku bergerak tapi still tak boleh lembaga tu diam dan bernafas je kat lengan aku . muka dan bentuk lembaga tuh buat kan aku seram dan takut sangat, aku terus pejamkan mata. dalam masa yang sama aku masih mencube untuk menggerak-gerakkan badan aku dan percubaan terakhir aku ialah membaca ayat qursi sambil mencuba lagi untuk menggerakkan badan. akhirnya sedikit demi sedikit badan aku boleh bergerak dan gerak , aku mengabil kesempatan memusingkan badan aku menjadi meniarap dan muka aku menutup dibantal.aku dapat rasakan hembusan nafas dia masih disebelah aku. aku dalam keadaan menggigil dan aku rasa bersyukur kerana telefon bimbit aku sentiasa aku selitkan di bawah bantal dan aku terus mendail nombor roomate aku dan menyuruh dia balik ke bilik.

 tanpa membuang masa roomate aku lari balik ke bilik dan membuka pintu dengan kunci , dan agak susah jugaklah dia bukak, dalam beberapa kali roomate aku mencuba baru lah pintu terbuka. dan sekaligus dia membuka suiz lampu. dan melihat aku sedang ketakutan meniarap dan mendapati bilik aku bersepah. dan loker besi aku terbukak. mujurlah ada roomate, dan yang paliing penting sekali aku dapat bergerak kerana ayat qursi. bersyukur sangat tak jadi apa-apa lagi .selepas sahaja kejadian itu ramai senior menyatakan bilik aku tu sebelom ni memang ada benda, senior-senior aku ramai dah terkene lagi-lagi semasa study week . kerana semasa itulah jiwa student tidak tenteram , risau dan bingung. makhluk-makhluk ini mengambil kesempatan mengawal jiwa pelajar. selepas dari kejadian itu juga senior aku membuat bacaan yasin di wing aku itu setiap malam jumaat. itu semua sem lama dan sem baru ni aku dah tak duduk bilik tu , cuma lalu sahaja. haha sekian sahaja. terima kasih.










4 comments: